PENAKSIRAN RISIKO ERGONOMIK (IERA) DI PUSAT PENYELIDIKAN SAINS DAN KEJURUTERAAN (SERC)
Pada 10 Jun 2026, Penaksiran Risiko Ergonomik (Initial Ergonomic Risk Assessment - IERA) telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia oleh Ergonomic Trained Person.
Penaksiran ini dilaksanakan bagi mengenal pasti risiko ergonomik yang berkaitan dengan aktiviti pengendalian cecair nitrogen di tempat kerja. Aspek seperti postur kerja, kaedah pengendalian, pergerakan berulang serta faktor persekitaran kerja dinilai bagi mengurangkan risiko ergonomik semasa melaksanakan aktiviti tersebut.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UKKP dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat, selamat dan kondusif serta mengurangkan risiko kecederaan muskuloskeletal (Musculoskeletal Disorders, MSD) dalam kalangan pekerja.
- Hits: 65