Skip to main content

Kursus Pengurusan Insiden KKP: Notifikasi dan Teknik Penyiasatan

13 Julai 2026 (Isnin), USM Kampus Induk- Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Kursus Pengurusan Insiden KKP: Notifikasi dan Teknik Penyiasatan yang melibatkan majoriti Penyelaras KKP PTJ.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai keperluan perundangan, prosedur dan kepentingan penyiasatan insiden KKP, di samping memperkukuh kemahiran menjalankan penyiasatan secara sistematik termasuk analisis punca, cadangan langkah kawalan serta penggunaan sistem e-Insiden bagi pelaporan, dokumentasi dan pemantauan tindakan penambahbaikan.

 

  • Hits: 41