Skip to main content

UKKP USM Raih Kejayaan dalam Pertandingan Sudut Kelestarian PTJ 2026

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Universiti Sains Malaysia (USM) mencatatkan kejayaan dalam Pertandingan Sudut Kelestarian PTJ Sempena Bulan Kelestarian USM 2026 apabila UKKP Kampus Induk meraih Tempat Ketiga, manakala UKKP Kampus Kesihatan menerima Pemenang Saguhati.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen, kreativiti dan kerjasama warga UKKP dalam membudayakan amalan kelestarian serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih hijau dan lestari.

UKKP merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja yang telah menyumbangkan idea, tenaga dan masa dalam menjayakan inisiatif Sudut Kelestarian.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada warga UKKP untuk terus memperkukuh usaha kelestarian selaras dengan aspirasi USM.

  • Hits: 92