Kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C) Madani
12- 14 Ogos 2026- Kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) telah dilaksanakan melalui Program OSHC Madani anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Pulau Pinang.
Penyertaan Penyelaras KKP dalam kursus ini juga merupakan langkah penting dalam memastikan peranan Penyelaras KKP dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara UKKP dan PTJ dalam membudayakan amalan kerja yang selamat dan sihat.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan Kursus Penyelaras KKP melalui Program OSHC Madani diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan kompetensi warga USM dalam pengurusan KKP serta memperkukuh budaya kerja selamat, dan sihat.
- Hits: 32