Latihan Kecemasan Radiologikal di Makmal Biofizik, Pusat Pengajian Sains Fizik
14 Ogos 2026, Kampus Induk USM - Latihan Kecemasan Radiologikal telah diadakan di Makmal Biofizik, Pusat Pengajian Sains Fizik . Latihan ini telah mendapat kerjasama dan penglibatan oleh Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan Jabatan Tenaga Atom, Pejabat Jabatan Tenaga Atom Cawangan Utara, Pusat Pengajian Sains Fizik, Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) dan Pusat Sejahtera.
Tujuan latihan ini diadakan untuk menguji Pelan Kecemasan Radiologikal USM termasuk memastikan sistem perhubungan sewaktu kecemasan radiologikal antara organisasi kecemasan USM dengan Jabatan Tenaga Atom adalah berkesan mengikut Pelan yang disediakan. Selain itu, latihan ini juga bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Atom untuk mengadakan pengujian Pelan Kecemasan Radiologikal setiap 5 tahun sekali.
Pihak UKKP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan latihan ini yang sangat penting untuk persediaan pihak USM bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan terutama berkaitan kecemasan radiologikal.
- Hits: 16