Skip to main content

Sesi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Program Transformasi Minda (PTM)

21 Ogos 2026 (Jumaat), USM Kampus Induk-Sebagai salah satu pengisian bagi Program Transformasi Minda (PTM) anjuran Pusat Transfromasi Insan (PTI), Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), telah mengendalikan satu sesi berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang disampaikan oleh Ketua Unit UKKP, En. Hafizul bin Mohd Arop.

Sesi ini memberi penekanan terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta penerapan budaya kerja selamat dalam kalangan warga USM.

Semoga pengisian ini dapat meningkatkan kesedaran peserta untuk sentiasa mengutamakan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan dalam melaksanakan tugas seharian.

 

  • Hits: 12