AKTIVITI AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) USM
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Universiti Sains Malaysia (USM) kini sedang menjalankan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di ketiga-tiga kampus USM, iaitu Kampus Induk, Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan, yang bermula daripada awal September bulan ini.
Audit ini dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan serta keberkesanan pelaksanaan aspek KKP di Pusat Tanggungjawab (PTJ), di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Aktiviti audit merangkumi semakan dokumentasi, pemeriksaan di tempat kerja serta penilaian terhadap amalan dan kawalan KKP yang dilaksanakan di PTJ.
"Amalan Kerja Selamat dan Sihat Budaya Kita"
- Hits: 23