Skip to main content

Majlis Penarafan Pejabat Hijau dan Pengurusan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (KKP) USM 2026

Majlis Penarafan Pejabat Hijau dan Pengurusan KKP telah berlangsung dengan jayanya pada 11 November 2026, di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia. Majlis ini merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan Audit Pengurusan KKP yang telah melibatkan sebanyak 111 PTJ merangkumi ketiga-tiga kampus USM.

Majlis ini menjadi platform pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen PTJ dalam membudayakan amalan kerja selamat serta memperkukuh pelaksanaan pengurusan KKP secara berterusan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga USM untuk terus memperkasa budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke arah merealisasikan persekitaran kampus yang lebih selamat, sihat dan sejahtera.

Tahniah kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah menunjukkan komitmen dalam memperkukuh amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Universiti Sains Malaysia (USM).

Kredit Foto: MPRC USM

  • Hits: 1