Komitmen Kelestarian UKKP USM Membuahkan Hasil dalam Penarafan Pejabat Hijau 2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada UKKP Kampus Induk atas kejayaan meraih Tempat Kedua dan UKKP Kampus Kejuruteraan TSS serta UKKP Kampus Kesihatan atas pencapaian Penarafan 5 Daun dalam Majlis Penarafan Pejabat Hijau dan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) USM 2026 yang berlangsung pada 11 November 2026 bertempat di Dewan Budaya, USM.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kesungguhan dan usaha berterusan seluruh warga UKKP dalam menerapkan budaya kerja hijau serta menyokong agenda kelestarian universiti. Pencapaian ini juga menjadi bukti bahawa usaha kecil yang dilaksanakan secara konsisten mampu membawa impak besar ke arah merealisasikan aspirasi USM sebagai Universiti Lestari Bertaraf Global.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga UKKP! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam membudayakan amalan kelestarian.
- Hits: 7