Kempen Keselamatan (Safety & Security) dan Kesihatan 2015 Peringkat Kampus Kejuruteraan
Kempen Keselamatan (Safety & Security) dan Kesihatan 2015 bagi peringkat Kampus Kejuruteraan telah dijalankan dengan jayanta bermula dari 06 Mac 2015 sehingga 15 Mac 2015. Kempen yang telah mendapat sokongan semua pihak ini memperlihatkan penglibatan yang baik di kalangan staf dan juga pelajar di Kampus Kejuruteraan
Perasmian kempen telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Haji Zainal Arifin Haji Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa kempen dengan ucapan aluan dan seterusnya memadam api menggunakan alat pemadam api sebagai simbolik perasmian kempen.
Antara aktiviti-aktiviti kempen telah dilaksanakan Sepanjang kempen tersebut adalah seperti berikut :
TARIKH | MASA | AKTIVITI | TEMPAT |
06 - 09 Mac 2015 | Selepas 12.30 tgh malam |
Pertandingan Kawad Kebakaran dan Pengosongan bangunan antara Desasiswa - Kategori Masa terpantas - Kategori Kerjasama - Kategori Prosedur |
Desasiswa Kampus Kejuruteraan |
09 Mac 2015 | 9.00 pagi – 12.30 tgh |
Ceramah KKP Untuk Ketua PTJ oleh : i. Datuk Profesor Dr. Omar Shawkataly ii.Datuk al-Ustaz Haji Elias Zakaria |
Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengarah (secara telesidang) |
10 Mac 2015 | 9.00 pagi – 6.30 petang |
Pertandingan Amalan-Amalan Mencegah Kebakaran - Kategori Bangunan Desasiswa - Kategori Bangunan Makmal - Kategori Bangunan Pentadbiran |
Kampus Kejuruteraan |
10 Mac 2015 |
9.00 pagi – 4.00 petang |
Pertandingan Amalan Keselamatan Makmal antara Pusat Pengajian Kampus Kejuruteraan | Kampus Kejuruteraan |
11 Mac 2015 11 Mac 2015 |
2.00 – 5.00 petang 2.00 – 5.00 petang |
Pertandingan Kawad Basah Pili Bomba antara Desasiswa dan PTJ (Mengikut Zon SUKJAB) |
Padang Kawad Padang Kawad |
Pertandingan Kawad Menggunakan Alat Pemadam Api Mudah alih Terbuka Untuk Pelajar dan Staf Wanita |
|||
13 Mac 2015 | 1.30 ptg |
Khutbah Jumaat berkenaan Keselamatan oleh Dato’ al-Ustaz Haji Ellias Zakaria |
Masjid Seri Ampangan |
Untuk aktiviti Pertandingan Kawad Kebakaran dan Pengosongan Bangunanan Antara Desasiswa, pihak urusetia telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Jabatan Keselamatan yang telah menghantar 15 orang staf dan juga Jabatan Pembangunan yang telah menghantar 10 orang staf.
Bagi menjayakan aktiviti Pertandingan Kawad Basah dan Pertandingan Kawad Alat Pemadam Api (Wanita), Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang telah memberi sokongan yang amat baik. Mereka telah menyediakan kelengkapan seperti tanker, gelung hos dan tenaga pekerja seramai 20 anggota bagi menjayakan aktiviti ini.
Selain dari itu, pihak urusetia juga telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada Pasukan Palapes dan Pasukan Tindakan Kecemasan Unit Kesihatan dengan bantuan daripada Dr. Mohd. Hazizan Mohd. Hashim (PPK Bahan dan Sumber Mineral) dan juga Dr. Menal A. Hamdi (Unit Kesihatan).
Jabatan Pembangunan juga turut membantu dengan membekalkan 30 unit Alat Pemadam Api untuk digunakan semasa pertandingan.
Pertandingan berkenaan juga dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Kebudayaan, Encik Mohd. Nur Badri bin Mohd Nazli yang bertindak sebagai Pengacara Majlis. Selain itu, 2 orang kakitangan dari Pejabat Pengarah juga turut hadir dan bertindak sebagai jurufoto dan juruvideo bagi merakamkan aktiviti-aktiviti pertandingan tersebut.
Pertandingan ini juga mendapat bantuan daripada kakitangan Kompleks Sukan yang membekalkan peralatan-peralatan untuk kegunaan pertandingan.
Pertandingan kawad basah telah dimenangi oleh pasukan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam dan tempat kedua oleh pasukan dari Pentadbiran 2. Pasukan ini seterusnya dipilih bagi mewakili Kampus USM ke Pertandingan Kawad Basah Pili Bomba Antara IPT, Badan Berkanun dan Badan Kerajaan pada 21 Mac 2015 bertempat di Padang Kawad USM (Induk).
Namun begitu, kedua-dua pasukan berkenaan terkandas pada pusingan awal pertandingan di Kampus Induk.
Untuk aktiviti Khutbah Jumaat, urusetia juga turut mendapat bantuan dari Pengerusi Masjid Seri Ampangan, Prof. Madya Dr. Soib bin Taib bagi mendapatkan slot khutbah tersebut.
- Hits: 2883