Kursus Kompetensi Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator) pada 20-22 September 2022
UKKP Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan Kursus Kompetensi Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator) pada 20-22 September 2022 bertempat di Dewan Seminar SERC, USM. Seramai 30 orang staf terlibat dari Pusat Penyelidikan dan Pusat Pengajian Kampus Kejuruteraan. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bagi mengenalpasti bahaya yang wujud di tempat kerja, menaksir risiko dan mengambil langkah-langkah kawalan, penyiasatan kemalangan dan peranan penyelaras keselamatan dan kesihatan.
- Hits: 446