Skip to main content

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN Di DESASISWA JAYA KAMPUS KEJURUTERAAN

Khamis 9/1/2025, Kampus Kejuruteraan - Satu sesi latihan kawad kebakaran telah berlangsung dengan jayanya pada jam 12.00 pagi yang melibatkan Desasiswa Jaya di Kampus Kejuruteraan, USM.

Satu demonstrasi pemadaman api juga turut diadakan bagi mengajar pelajar cara-cara menggunakan Alat Pemadam Api Jenis ABC.

Terima kasih juga diucapkan kepada wakil Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Kampus Kejuruteraan, Jabatan Keselamatan (JK) Kampus Kejuruteraan , Unit Kesihatan (UK) Kampus Kejuruteraan dan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) Kampus Kejuruteraan yang turut menjayakan latihan kawad kebakaran ini.

 

 

  • Hits: 9