LATIHAN KAWAD KEBAKARAN DESASISWA LEMBARAN DAN DESASISWA UTAMA KAMPUS KEJURUTERAAN
Jumaat 13/6/2025,Kampus Kejuruteraan - Satu sesi latihan kawad kebakaran telah berlangsung dengan jayanya pada 13/6/2025 jam 12.01 malam yang melibatkan Desasiswa Lembaran dan Desasiswa Utama Kampus Kejuruteraan dengan jayanya.
Satu demonstrasi kebakaran juga turut diadakan bagi mengajar pelajar cara-cara menggunakan Alat Pemadam Api Jenis ABC.
Terima kasih juga diucapkan kepada wakil Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Kampus Kejuruteraan, Jabatan Keselamatan (JK) Kampus Kejuruteraan, Unit Kesihatan (UK) Kampus Kejuruteraan dan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) Kampus Kejuruteraan yang turut menjayakan latihan kawad kebakaran ini.
- Hits: 7