KURSUS PEMAHAMAN PROSEDUR KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN USM YANG TERKINI
Khamis 25 - 26 Jun 2025 ,Kampus Kejuruteraan -Kursus Pemahaman Prosedur Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan USM Yang Terkini telah berlangsung selama dua hari dengan jayanya di Dewan Seminar Bangunan Pentadbiran,Kampus Kejuruteraan Pulau Pinang.
Kursus ini merupakan salah satu usaha untuk memberi pendedahan dan pemahaman terhadap Sistem Pengurusan KKP termasuk Manual dan Prosedur yang terkini. Kursus ini telah dihadiri oleh Penyelaras KKP dan Wakil bagi setiap PTJ di dalam Kampus Kejuruteraan.
Peserta yang menghadiri Kursus ini juga telah diberikan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Semoga kursus ini dapat membantu PTJ dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan KKP selaras dengan keperluan perundangan/prosedur Universiti.
- Hits: 9