Taklimat Pemberitahuan Projek Pembinaan (Pengisian Borang JKKP12) dalam Sistem MyKKP
Khamis 03/7/2025, Kampus Kejuruteraan - Satu Taklimat Pemberitahuan Projek Pembinaan (Pengisian Borang JKKP12) dalam Sistem MyKKP telah diadakan pada 03 Julai 2025 jam 10.00 pagi di Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan, USM.
Taklimat tersebut disampaikan oleh Pegawai dari JKKP PULAU PINANG bagi memberi panduan cara-cara menggunakan sistem E-KKP. Taklimat tersebut turut dihadiri oleh staf dari Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) Kampus Kejuruteraan dan juga wakil-wakil dari syarikat kontraktor yang terlibat dalam menjalankan kerja- kerja di dalam Kampus Kejuruteraan.
Terima kasih diucapkan kepada semua staf dan juga wakil kontraktor yang menghadiri taklimat tersebut.
- Hits: 8