Skip to main content

Sesi Pembentangan Ergonomic Risk Assessment (ERA) di PPK Bahan & Sumber Mineral (PPKBSM), Kampus Kejuruteraan USM

Sesi Pembentangan Ergonomic Risk Assessment (ERA) di PPK Bahan & Sumber Mineral (PPKBSM), Kampus Kejuruteraan USM

21 Ogos 2025 - Seramai 9 orang peserta telah menghadiri sesi pembentangan ERA yang disampaikan oleh Cik Dania Aniesha Binti Abdul Harith daripada UKKPU di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral hari ini.

Sesi pembentangan ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang risiko-risiko ergonomik yang ada di kawasan bengkel PPKSBM dan cadangan cara-cara untuk menanganinya sekaligus meningkatkan persekitaran kerja yang selamat. Ia sejajar dengan salah satu Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), iaitu 🌏 SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik.

Para peserta didedahkan dengan cara-cara mengurangkan risiko terhadap pendedahan kepada kecederaan berkaitan pekerjaan seperti sakit belakang yang sering berlaku kepada mereka yang bekerja dalam persekitaran bengkel. Dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip ergonomik, produktiviti kerja dijangka dapat ditingkatkan, sekali gus menyumbang kepada suasana kerja yang lebih sihat dan mampan.

 

 

 

  • Hits: 21