Skip to main content

Program Mentor-Mentee Pelaksanaan Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USM Yang Terkini

Program Mentor-Mentee Pelaksanaan Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USM Yang Terkini

25 Ogos 2025, Nibong Tebal - satu Program Mentor-Mentee Pelaksanaan Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) USM Yang Terkini telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia. Program ini berlangsung pada jam 9.00 pagi dan berjaya menarik kehadiran seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada staf Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang prosedur keselamatan terkini di tempat kerja dan makmal, khususnya dalam persekitaran Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia.

Program ini dijalankan bagi melihat status pelaksanaan prosesur-prosedur tersebut di PTJ-PTJ USM.

Taklimat pembukaan telah disampaikan oleh ChM Dr. Faris Abdullah dari UKKP Kampus Kejuruteraan dan seterusnya sesi pembentangan pelaksanaan prosedur-prosedur di PPK Kimia oleh Dr. Fadzil Noor Gonawan. Melalui interaksi mentor-mentee, peserta berpeluang untuk bertukar pandangan, mengajukan soalan, dan mempelajari amalan terbaik secara langsung. Ini membantu membina persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat, dan produktif untuk semua warga USM.

Pelaksanaan program ini secara langsung menyokong matlamat Pembangunan Lestari 🌏SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik. Dengan memastikan persekitaran kerja dan pembelajaran yang selamat, secara tidak langsung ini menyumbang kepada jaminan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua lapisan masyarakat, termasuk komuniti USM.

Selain itu, program ini juga selari dengan 🌏SDG 4: Pendidikan Berkualiti, di mana pengetahuan tentang KKP yang tepat dan terkini disampaikan kepada para staf PTJ melengkapkan mereka dengan kemahiran penting yang relevan di mana sahaja.

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk memastikan aspek KKP sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap aktiviti di universiti.

 

  • Hits: 33