Skip to main content

PROGRAM MENTOR MENTEE - PPK AWAM

26 Ogos 2025, Nibong Tebal - Satu Program Mentor Mentee Pelaksanaan Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USM Yang Terkini telah diadakan pada di Bilik Seminar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Kampus Kejuruteraan, USM. Program ini bertujuan untuk melihat dan menilai perkembangan pelaksanaan prosedur tersebut di PPKA. Seramai 19 orang peserta menghadiri sesi ini yang terdiri daripada staf-staf PPKA.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Encik Asif Bin Abdul Rahim, Pegawai Sains Kanan dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Kampus Kejuruteraan. Beliau memberikan pencerahan tentang kepentingan prosedur KKP terkini dan peranannya dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat.

Sesi diteruskan dengan laporan perkembangan pelaksanaan prosedur KKP terkini yang disampaikan oleh Ir. Dr. Mohd. Zulham Affandi Bin Mohd Zahid.

Program ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya 🌏SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik dan 🌏SDG 8: Kerja Wajar dan Pertumbuhan Ekonomi.

Melalui program sebegini, USM komited untuk memastikan setiap ahli komuniti kampus dilindungi dan persekitaran kerja sentiasa kondusif. Ini seiring dengan aspirasi universiti untuk membina masyarakat yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga peka terhadap nilai keselamatan dan kesejahteraan.

 

 

 

  • Hits: 31