Skip to main content

Program Mentor-Mentee Perkasakan Prosedur KKP Terkini USM Pendidikan Berkualiti dan Keselamatan di USM: Melangkah ke Arah Pembangunan Lestari (SDG 4 & 11)

Program Mentor-Mentee Perkasakan Prosedur KKP Terkini USM

Pendidikan Berkualiti dan Keselamatan di USM: Melangkah ke Arah Pembangunan Lestari (SDG 4 & 11)

Kampus Kejuruteraan USM terus mengukuhkan komitmennya terhadap pendidikan berkualiti dan pembangunan lestari melalui siri Program Mentor-Mentee Pelaksanaan Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) USM Terkini. Program yang berlangsung dari 2 hingga 4 September ini telah berjaya merangkum pelbagai jabatan dan pusat pengajian, memperkasakan staf dengan ilmu dan kemahiran terkini berkaitan keselamatan di tempat kerja.

Pada sesi kali ini, ChM Dr. Faris Abdullah selaku Ketua Unit UKKP Kampus Kejuruteraan, dan Encik Asif Abdul Rahim selaku Pegawai Sains di UKKP Kampus Kejuruteraan telah menyampaikan taklimat pembukaan di ketiga-tiga PTJ.

Program ini dimulakan pada 2 September di Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF). di mana JPPF telah berkongsi tentang perkembangan terkini pelaksanaan prosedur terbabit beserta objektif dan sasaran JPPF dalam memantapkan amalan KKP di tempat kerja. Ini selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 11: Bandar dan Komuniti Lestari, yang menekankan pentingnya ruang kerja yang selamat dan inklusif.

Pada 3 September, giliran Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) pula menjadi tuan rumah. Sesi ini juga melihat komitmen dan kerjasama daripada wakil PPKBSM dalam mengimplementasikan prosedur KKP di tempat kerja, sekali gus memastikan penyelidikan dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa kompromi terhadap keselamatan. Inisiatif ini secara langsung menyokong SDG 4: Pendidikan Berkualiti, di mana persekitaran pembelajaran yang selamat adalah prasyarat untuk menghasilkan graduan yang berilmu dan berkemahiran.

Minggu program diakhiri pada 4 September dengan penglibatan dari HAC, BHEPPA, dan Desasiswa. Program ini bukan hanya memastikan pelaksanaan Prosedur KKP berjalan lancar, tetapi juga menyemai budaya keselamatan yang proaktif di kalangan warga USM.

Secara keseluruhannya, program ini telah menjadi platform penting untuk USM dalam memperkukuh budaya kerja selamat, yang merupakan tunjang utama dalam mencapai matlamat pembangunan lestari. Tahniah kepada semua staf yang terlibat atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan!

 

  • Hits: 16