Program Mentor-Mentee - PPK Mekanik
Program Mentor-Mentee Pelaksanaan Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USM Yang Terkini
08 September 2025, Nibong Tebal - satu Program Mentor-Mentee Pelaksanaan Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) USM Yang Terkini telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik. Program ini berlangsung pada jam 10.30 pagi dan berjaya menarik kehadiran seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada staf Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik.
Program ini dijalankan bagi melihat status pelaksanaan prosesur-prosedur tersebut di PTJ-PTJ USM.
Taklimat pembukaan telah disampaikan oleh Ketua Unit UKKP Kampus Kejuruteraan, ChM Dr. Faris Abdullah dan Pegawai Sains Kanan, Encik Asif Abdul Rahim dari UKKP Kampus Kejuruteraan dan seterusnya sesi pembentangan pelaksanaan melalui interaksi bersama penyelaras KKP PPK Mekanik, Prof Madya Dr Abdus Samad Bin Mahmud dan staf-staf PPK Mekanik. Peserta berpeluang untuk bertukar pandangan, mengajukan soalan, dan mempelajari amalan terbaik secara langsung. Ini membantu membina persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat, dan produktif untuk semua warga USM.
Pelaksanaan program ini secara langsung menyokong matlamat Pembangunan Lestari
SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik. Dengan memastikan persekitaran kerja dan pembelajaran yang selamat, secara tidak langsung ini menyumbang kepada jaminan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua lapisan masyarakat, termasuk komuniti USM.
Selain itu, program ini juga selari dengan
SDG 4: Pendidikan Berkualiti, di mana pengetahuan tentang KKP yang tepat dan terkini disampaikan kepada para staf PTJ melengkapkan mereka dengan kemahiran penting yang relevan di mana sahaja.
Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk memastikan aspek KKP sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap aktiviti di universiti.
- Hits: 20