Program Mentor Mentee - Perpustakaan Musa Mohamad
09 September 2025, Nibong Tebal - Satu Program Mentor Mentee Pelaksanaan Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USM Yang Terkini telah diadakan di Perpustakaan Musa Mohamad, Kampus Kejuruteraan, USM. Program ini bertujuan untuk melihat dan menilai perkembangan pelaksanaan prosedur tersebut di PTJ-PTJ di Kampus Kejuruteraan USM. Peserta yang menghadiri sesi ini terdiri daripada staf-staf Perpustakaan Musa Mohamad, Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan, Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari dan Jabatan Keselamatan.
Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Encik Asif Bin Abdul Rahim, Pegawai Sains Kanan dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Kampus Kejuruteraan. Beliau memberikan pencerahan tentang kepentingan pelaksanaan prosedur KKP USM yang terkini.
Sesi diteruskan dengan laporan perkembangan pelaksanaan prosedur KKP terkini oleh penyelaras KKP PTJ masing-masing.
Program ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya
SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik dan
SDG 8: Kerja Wajar dan Pertumbuhan Ekonomi.
Melalui program sebegini, USM komited untuk memastikan setiap ahli komuniti kampus dilindungi dan persekitaran kerja sentiasa kondusif. Ini seiring dengan aspirasi universiti untuk membina masyarakat yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga peka terhadap nilai keselamatan dan kesejahteraan.
- Hits: 22