Program Mentor Mentee - Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan dan Pejabat Kokurikulum
25 September 2025, Nibong Tebal - Satu Program Mentor Mentee Pelaksanaan Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USM Yang Terkini telah diadakan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Kampus Kejuruteraan, USM. Program ini bertujuan untuk melihat dan menilai perkembangan pelaksanaan prosedur tersebut di PTJ-PTJ di Kampus Kejuruteraan USM. Peserta yang menghadiri sesi ini terdiri daripada staf-staf Pusat pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan dan Pejabat Kokurikulum Kampus Kejuruteraan.
Satu taklimat pembukaan telah disampaikan oleh Ketua UKKP Kampus Kejuruteraan, ChM Dr. Faris Abdullah, Encik Asif Bin Abdul Rahim dan Encik Abdul Hafiz Abdul Hamid. Sesi ini menjadi platform penting untuk berkongsi maklum balas dan memastikan semua pihak memahami serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Sesi mentor-mentee ini berlangsung dari jam 10.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari.
Program ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik dan SDG 8: Kerja Wajar dan Pertumbuhan Ekonomi.
Melalui program sebegini, USM komited untuk memastikan setiap ahli komuniti kampus dilindungi dan persekitaran kerja sentiasa kondusif. Ini seiring dengan aspirasi universiti untuk membina masyarakat yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga peka terhadap nilai keselamatan dan kesejahteraan.
- Hits: 7