Skip to main content

Webinar KKP Masa Hadapan: Adaptasi Teknologi & Inovasi Dalam Organisasi

🎓 Webinar KKP Masa Hadapan: Adaptasi Teknologi & Inovasi Dalam Organisasi

📅 Tarikh: 16 Oktober 2025

🕙 Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

📍 Atas Talian (Webinar)

🎤 Penceramah: Ir. Azman Bin Md Yasin

(Pemeriksa Kilang dan Jentera, JKKP Pulau Pinang)

📢 Anjuran: Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Kampus Kejuruteraan

Program webinar ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 216 orang peserta dari pelbagai latar belakang termasuk warga kampus dan profesional industri.

💡 Sepanjang sesi, Ir. Azman telah berkongsi pandangan yang sangat bernilai tentang bagaimana teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan inovasi digital boleh dimanfaatkan dalam memperkukuh pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di masa hadapan.

Antara topik menarik yang dibincangkan adalah

1. potensi AI dalam mengenal pasti risiko tempat kerja

2. Cabaran integrasi teknologi dalam sistem KKP sedia ada

3. Peranan profesional KKP dalam era digital

👏 Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam amalan kerja seharian.

 

 

  • Hits: 10