Program Pra Audit KKP Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Kampus Kejuruteraan dan juga Bangunan - bangunan Desasiswa
πππππππ πππ πππππ πππ ππππππ ππππππππππππ
Selasa 04/11/2025,Kampus Kejuruteraan - Satu sesi Program Pra Audit KKP telah di jalankan di Pusat Penginapan dan Perumahan Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan,Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Kampus Kejuruteraan dan juga Bangunan - bangunan Desasiswa kampus Kejuruteraan.Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada perancangan Fasa Pelaksanaan Pelan Induk Sistem Pengurusan KKP (OSHMS) USM.
Tujuan pra audit dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti dan menilai tahap pematuhan PTJ terhadap keperluan prosedur KKP USM yang terkini.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan pematuhan PTJ serta mengenal pasti ruang penambahbaikan sebelum sesi audit sebenar dilaksanakan pada Fasa Penilaian tahun hadapan.
Terima kasih juga diucapkan kepada wakil - Wakil Desasiswa Kampus Kejuruteraan yang turut menjayakan Program Pra Audit ini.
- Hits: 12