PEMANTAPAN AGENDA KKP USM : SEMAKAN PENCAPAIAN 2025 & STRATEGI 2026
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin telah berjaya mengadakan sesi pertemuan bersama Penyelaras KKP PTJ pada 12 Februari 2026 di Perpustakaan Musa Mohamad. Berteraskan tema "Memperkukuh Budaya Kerja Selamat Dan Sihat Di USM", majlis ini menjadi wadah penting dalam menilai keberkesanan inisiatif KKP sepanjang tahun 2025 serta merangka pelan strategik bagi tahun 2026.
Selain perkongsian hala tuju, sesi ini turut memberi ruang kepada para Penyelaras KKP PTJ untuk mengutarakan persoalan, maklumbalas dan cadangan penambahbaikan demi keselamatan dan Kesihatan pekerja di peringkat PTJ. Majlis diakhiri dengan penghargaan kepada Penyelaras KKP PTJ melalui penyerahan rasmi Manual dan Prosedur KKP USM yang baharu. UKKP menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen padu semua pihak dalam menjayakan agenda keselamatan universiti.
Terima kasih.
- Hits: 14