Bengkel Prosedur Pengenalpastian Hazard, Pentaksiran Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC)
Pada hari ini, 24 Februari 2026, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) dengan kerjasama UKKP Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin telah berjaya menganjurkan Bengkel HIRARC bertempat di Makmal Komputer PPKEE, USM Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin. Sesi yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang staf PPKEE yang sangat komited dalam mendalami aspek pengenalpastian hazard, penaksiran risiko, dan kawalan risiko di tempat kerja. Melalui bengkel ini, para peserta juga telah diberikan tunjuk ajar berkenaan cara-cara mengisi borang HIRARC USM dengan betul mengikut Prosedur KKP USM .
Terima kasih diucapkan kepada semua staf yang terlibat atas kerjasama dan semangat proaktif yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.
- Hits: 53