Majlis Perjumpaan Pengarah Kampus Kesihatan USM Bersama Penyelaras KKP PTJ
Satu perjumpaan telah diadakan di antara Pengarah Kampus Kesihatan USM bersama penyelaras KKP PTJ pada 2 Mac 2026, bertempat di Dewan Persidangan Kampus, Kompleks Pentadbiran. Perjumpaan ini dianjurkan oleh Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dan telah dihadiri seramai 29 orang penyelaras KKP PTJ bagi melaksanakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan warga kampus. Dalam sesi yang sama turut berlangsung penyampaian sijil penghargaan kepada 3 PTJ iaitu Pusat Pengajian Sains Pergigian, Pusat Transformasi Digital dan Pusat Perumahan Dan Penginapan Unversiti atas pelaksanaan audit cemerlang. Bagi menyokong pelaksanaan amalan kerja yang selamat, Manual dan Prosedur Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan turut diserahkan kepada penyelaras KKP PTJ.

- Hits: 12