Skip to main content

Program Kelestarian Bersama Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU)

Rabu, 22 Julai 2026

Alhamdulillah, Program Kelestarian Bersama Komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keceriaan, semangat kebersamaan dan penglibatan yang amat memberangsangkan.

Program hasil kerjasama Jawatankuasa Kelestarian Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dan Jawatankuasa Kelestarian Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kesihatan USM ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar serta aspek keselamatan dalam kalangan komuniti OKU melalui pendekatan yang inklusif, interaktif dan menyeronokkan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program, antaranya senamrobik, permainan interaktif, kuiz kelestarian, aktiviti kitar semula serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

Demonstrasi penggunaan alat pemadam api ini memberi pendedahan asas kepada para peserta mengenai tindakan awal menghadapi kebakaran serta cara-cara menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul dan selamat. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran secara praktikal, malah meningkatkan keyakinan peserta dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

🌱"Kelestarian dan keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Apabila ilmu dikongsi secara inklusif, kita bukan sahaja membina persekitaran yang lebih hijau, malah melahirkan komuniti yang lebih selamat dan berdaya tahan."

Program ini secara mendalam menyokong prinsip utama SDG iaitu "Leave No One Behind" dengan memastikan komuniti OKU turut memperolehi ilmu keselamatan dan kelestarian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) serta Pusat Transformasi OKU Kampus Kesihatan, USM atas kerjasama dan sambutan yang amat baik sepanjang menjayakan program ini.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan dalam melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, inklusif serta membudayakan amalan kelestarian dan keselamatan demi kesejahteraan bersama.

Program ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pencapaian berikut:

🎯SDG 3 : Kesihatan Baik dan Kesejahteraan

🎯SDG 4: Pendidikan Berkualiti

🎯SDG 10 : Mengurangkan Ketidaksamaan

🎯SDG 17: Kerjasama demi matlamat

#UniversitiSainsMalaysia

#USM #UKKPUSM

#PPBLTUSM

#sustainabilityusm

#KelestarianUSM

#KomunitiOKU

#PDK

#PusatTransformasiOKU

#SustainabilityUSM

@Sustainability USM

 

 

  • Hits: 19