Skip to main content

Kursus Pengurusan dan Tindak Balas (Respon) Kecemasan

Selasa 20 Oktober 2026 - Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Kampus Kesihatan telah menganjurkan Kursus Pengurusan dan Tindak Balas (Respon) Kecemasan bertempat di Bilik Tutorial A, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kampus Kesihatan.

Kursus ini merupakan satu program latihan yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesiapsiagaan warga universiti dalam menghadapi serta mengendalikan situasi kecemasan secara teratur, pantas dan berkesan.

Antara objektif utama kursus ini adalah:

🔹 Memahami konsep, jenis, organisasi dan pengurusan tindak balas kecemasan.

🔹 Memberi pendedahan berkaitan peralatan pencegahan kebakaran dan fungsi penggunaannya.

🔹 Menjelaskan prinsip dan keperluan prosedur universiti dalam menguruskan kecemasan.

🔹 Melatih dan meningkatkan keupayaan organisasi kecemasan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam menghadapi senario kecemasan.

Melalui penganjuran kursus ini, diharapkan para peserta dapat meningkatkan tahap kompetensi dan kesiapsiagaan dalam mengendalikan pelbagai situasi kecemasan serta memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan tindakan yang diambil adalah tepat dan berkesan.

UKKP berharap agar segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta dikongsikan bersama warga kerja di PTJ masing-masing demi memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di USM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

{gallery}/01_2026images/Kampus_Kesihatan_2026/Program_ERT_20_Okt.2026//{/gallery}

 

  • Hits: 30