9 syarikat kena kompaun bernilai RM12,500

AYER KEROH: Sembilan syarikat di negeri ini dikenakan 10 kompaun bernilai RM12,500 kerana didapati bersalah mengabaikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja masing-masing sejak Januari hingga Jun lalu. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri, Jaafar Leman, berkata antara kesalahan dilakukan majikan terbabit, termasuk jentera tidak berdaftar dan tamat tempoh daftar. "Kita dapati majikan yang melakukan kesalahan itu banyak bertumpu di tapak binaan dan kawasan kilang yang lebih terdedah kepada risiko. "Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016 peringkat negeri yang dirasmikan EXCO Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk MS Mahadevan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini. Jaafar berkata, pada tahun lalu pihaknya sudah melakukan sebanyak 3,305 pemeriksaan di tempat kerja dan 800 membabitkan jentera. Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 1,612 surat arahan dan 712 notis mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dikeluarkan. "Sebanyak 914 notis pula dikeluarkan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), kompaun (63) dan empat individu didakwa di mahkamah," katanya. Beliau berkata, penguatkuasaan yang dilakukan JKKP Melaka kepada majikan di negeri ini bertujuan menyedarkan mereka.   


Sumber : Berita Harian Online
  • Hits: 1548

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.