JKKP Johor keluar notis henti kerja

 

JOHOR BAHRU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengeluarkan notis pemberhentian kerja ke atas aktiviti pembinaan sebuah tapak pembinaan dekat Pekan Nenas selepas empat orang pekerja terjatuh dari bangunan tinggi di tapak projek berkenaan.

Pengarah JKKP Johor, Ir Saiful Azhar Mohd Said berkata, pihaknya juga sedang menyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

"Kita sudah mengeluarkan notis untuk pemberhentian kerja pembinaan di situ dan mula menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

"Tindakan perundangan juga akan diambil sekiranya didapati ada pelanggaran peraturan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967 oleh pihak yang bertanggungjawab," katanya menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook (FB) rasmi JKKP, semalam.

Saiful Azhar berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin ketika empat orang pekerja itu sedang melakukan kerja konkrit 'roof beam' pada ketinggian kira-kira 10.8 meter di bangunan itu.

Katanya, secara tiba-tiba, penyangga kotak acuan (false work) dipercayai runtuh sehingga menyebabkan semua mangsa itu jatuh.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kemalangan terutamanya yang membabitkan pekerja, orang awam mahu pun harta benda.

"Semua penggiat industri pembinaan digesa supaya mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan," katanya.

Terdahulu, video berdurasi seminit 21 saat dikongsikan laman komuniti FB Community Roda Johor (CRJ) mengenai kemalangan di bangunan tinggi itu.

Menerusi video itu, kelihatan empat pekerja tapak binaan terbabit diangkat rakan sekerja mereka ke lokasi selamat selepas dipercayai cedera akibat terjatuh dari bangunan yang dalam pembinaan itu.

Kedengaran seorang lelaki dipercayai perakam video itu yang memaklumkan mangsa adalah warga Bangladesh.

Sumber : Berita Harian Online

  • Hits: 1219

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 14 November 2024.