Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Ishahak Mohamed, 65, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, mangsa dipercayai berada di dalam jentera tersebut ketika ia sedang diangkat ke tingkat empat menggunakan sebuah kren.

"Mangsa telah terjatuh bersama forklift itu ketika proses menaikkan jentera tersebut," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Difahamkan, tali membawa jentera berkenaan terputus ketika diangkat sehingga menyebabkan ia terjatuh dalam keadaan terlingkup dan menghempap mangsa. - K! ONLINE

Sumber : Kosmo Online