Kerjasama NIOSH, IPT terap amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dengan institusi pengajian tinggi (IPT) adalah penting dalam usaha memasyarakatkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang baik.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kerjasama itu akan membolehkan kesedaran diberi kepada seluruh rakyat supaya memahami kepentingan KKP, sekali gus menjadikannya budaya hidup mereka.

“Ia bersesuaian tema sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini, iaitu ‘Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pada Masa Depan’, di mana kita perlu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan keselamatan dan kesihatan dalam kalangan pekerja muda atau belia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program International Occupational Safety (IOS) Half Marathon anjuran Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA (UiTM), dengan kerjasama NIOSH di kampus UiTM Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Lam Thye memaklumkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) juga berazam menjamin persekitaran kerja selamat untuk semua pekerja menjelang 2030 dan menamatkan semua bentuk buruh kanak-kanak pada 2025.

“Menurut ILO, kira-kira 541 juta pekerja muda berumur antara 15 hingga 24 tahun menyumbang lebih 15 peratus tenaga buruh dunia. Malangnya, mereka mencatat hingga 40 peratus lebih tinggi kecederaan pekerjaan yang tidak menyebabkan kematian berbanding pekerja dewasa,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran IOS Half Marathon pula, beliau berkata, ia diadakan sempena sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja pada setiap 28 April atau lebih dikenali sebagai ‘World Osh Day.’

Program itu membabitkan tiga kategori larian, iaitu 21 kilometer (km), 10km dan 5km, manakala peserta larian boleh memperoleh lima mata bawah Program Pendidikan Berterusan (CEP) daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Katanya, acara larian itu menyasarkan penyertaan golongan pengamal keselamatan, pekerja, pelajar dan orang awam bagi meningkatkan kesedaran berkaitan KKP serta gaya hidup sihat.

“Program hari ini amat signifikan kerana ia menunjukkan peningkatan tahap kesedaran warga universiti mengenai kepentingan aspek KKP,” katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/557971/kerjasama-niosh-ipt-terap-amalan-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan

  • Hits: 855

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 14 November 2024.