Ramai hadapi masalah pendengaran kerana kerja

PUTRAJAYA: Masalah pendengaran akibat terdedah kepada bunyi bising di tempat kerja adalah antara penyakit yang paling banyak dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata selain masalah pendengaran, penyakit lain yang sering dialami disebabkan oleh pekerjaan adalah ergonomik (masalah berkaitan sendi, tulang dan otot) serta keracunan akibat terdedah kepada bahan kimia di tempat kerja.

“Apa yang penting, majikan perlu lapor jika ada sebarang kejadian penyakit akibat pekerjaan yang menimpa pekerja mereka. Kita jangka banyak sebenarnya kes berlaku tetapi tidak dilapor, sekali gus tidak membolehkan analisis dibuat dan langkah pencegahan menjadi kurang.

“Selain itu, di pihak pekerja pula, apabila mengalami penyakit dan ia disebabkan oleh pekerjaan, mereka dinasihatkan untuk melaporkannya.

“Beritahu kepada doktor yang merawat supaya mereka tahu penyakit berpunca daripada pekerjaan anda dan seterusnya doktor berkenaan boleh melaporkan kepada pihak berwajib supaya kita tahu jika penyakit itu datangnya akibat kecuaian dan kelalaian majikan atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pra Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Tempat Kerja 2019 di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah JKKP, Omar Mat Piah.

Dalam pada itu, Omar berkata JKKP menjangkakan jumlah penyakit akibat pekerjaan yang berlaku di negara ini tinggi jumlahnya, bagaimanapun laporan yang diterima tidak banyak.

Beliau menjelaskan, jumlah penyakit akibat pekerjaan yang dilaporkan pada 2016 dan 2017 masing-masing adalah 7,820 kes dan 6,020 kes berbanding kira-kira 40,000 kemalangan di tempat kerja yang dilaporkan.

“Masalah tidak lapor ini memang berlaku di banyak negara dan kesedaran mengenai pentingnya melaporkan perkara itu perlu dipertingkatkan.

“Selain itu, sejak Januari hingga Februari lalu, sebanyak 13,000 notis dan 98 kompaun berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikeluarkan selain sebanyak 14 kes pendakwaan di mahkamah dibuat,” katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/547644/ramai-hadapi-masalah-pendengaran-kerana-kerja

  • Hits: 1015

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.