CIDB anjur seminar cegah kemalangan



KUANTAN: Seramai 300 peserta menyertai Seminar Pencegahan Kemalangan Dalam Sektor Pembinaan anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), di sini hari ini.

Pengarah CIDB Pahang, Rozaiman Hassan berkata, objektif seminar itu lebih kepada memberi kesedaran kepada pekerja dan majikan dalam sektor pembinaan mengenai kepentingan pencegahan kemalangan di tempat kerja.

Katanya, seminar itu juga lebih kepada memberi pengetahuan berkaitan perundangan dan beberapa program baharu yang dikuatkuasakan oleh jabatan dan agensi kerajaan.

“Antaranya membabitkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan CIDB sendiri.

“Pada seminar hari ini, peserta turut diberikan taklimat secara lebih terperinci berkaitan perundangan baharu yang akan diperkenalkan JKKP iaitu peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Industri Pembinaan (OSHCIM).

“CIDB turut menguatkuasakan program Perakuan Pematuhan Standard Bahan Binaan (PPS) yang bertujuan memastikan kualiti dan keselamatan bahan binaan yang diguna pakai dalam industri memenuhi standard,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Pencegahan Kemalangan Dalam Sektor Pembinaan yang dirasmikan oleh Setiausaha Eksekutif NIOSH Malaysia, Mejar (B) Haniff Maidin.

Sementara itu, Pengurus Wilayah NIOSH Wilayah Pantai Timur, Hisyamuddin Mohamad Rozaiman berkata, CIDB dan NIOSH komited dalam menyebarkan maklumat dan latihan supaya dapat memberikan sumbangan dalam menurunkan kadar kemalangan pekerjaan di negara ini.

Sementara itu, Haniff berkata, NIOSH berbangga dengan

kehadiran peserta yang turut membabitkan kontraktor berdaftar dan agensi penguatkuasaan.

Katanya, seminar itu memberi pendedahan mengenai pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta peraturan baharu untuk dipatuhi iaitu bertujuan mencegah dan mengurangkan kemalangan di tempat kerja terutama di sektor pembinaan.

“Untuk memastikan industri pembinaan progresif dan berjaya, kita bukan sahaja memerlukan tenaga kerja yang profesional dan mahir, malah pekerja juga perlu mempunyai pendedahan dan kecekapan dalam aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,” katanya.

Sumber :https://www.bhplus.com.my/berita/nasional/2019/10/623058/cidb-anjur-seminar-cegah-kemalangan

  • Hits: 1004

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin