Kakitangan kesihatan, agensi keselamatan, JKM, penerima vaksin fasa pertama

KUALA LUMPUR: Kakitangan kesihatan daripada peringkat profesional hingga sokongan seperti tukang cuci hospital, akan diutamakan dalam senarai pemberian vaksin COVID-19 fasa pertama, bermula hujung bulan ini.

Fasa pertama yang bermula 26 Februari ini juga turut membabitkan agensi keselamatan yang sentiasa berurusan dengan orang ramai, selain kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertugas memberi bantuan kepada masyarakat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata seramai 500,000 orang disasarkan dalam pemberian vaksin fasa pertama itu dan sebahagian besarnya membabitkan sektor kesihatan.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah berbincang mengenai siapa dan maksud 'barisan hadapan' yang akan terbabit dalam proses itu, malah keperluan untuk ia didedahkan kepada masyarakat umum.

"Seramai 300,000 kakitangan daripada pengurusan dan profesional sektor kesihatan termasuk pegawai perubatan, farmasi, sains, paramedik, jururawat, pembantu kesihatan, tukang cuci di hospital, pembantu x-ray, pemandu ambulans dan sebahagian sistem kesihatan swasta akan terbabit.

"Bagi sektor bukan kesihatan pula, ia membabitkan agensi yang mempunyai hubungan dengan orang ramai seperti polis, imigresen, bomba, angkatan tentera dan kakitangan JKM yang perlu ke rumah orang ramai untuk menghantar bekalan makanan.

"Ini adalah senarai mereka (yang terbabit dalam fasa pertama suntikan vaksin COVID-19) yang ada ketika ini," katanya pada perbincangan Clubhouse, malam tadi.

Turut bersama sebagai panel perbincangan itu, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood; Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Kalaiarasu M Peariasamy; pakar perubatan, Dr Giri Rajahram dan Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia (CRM), Dr Akhmal Yusof. Moderator program adalah Ketua Pusat Paru-Paru Hospital Pantai, Dr Helmy Haja Mydin.

Mengulas lanjut, Khairy mengakui, setiap hari pihaknya menerima permohonan daripada pelbagai agensi untuk menyertakan kumpulan tertentu dalam program vaksin fasa pertama itu, namun ia bergantung kepada bekalan vaksin terbabit.

"Saya menerima permohonan setiap hari untuk dimasukkan dalam fasa pertama ini, antaranya daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk diberikan kepada guru.

"Selain itu, kumpulan ahli agama seperti imam dan paderi yang bertemu ramai jemaah, malah mereka daripada industri pengangkutan seperti kru kabin dan juruterbang.

"Isu sekarang adalah kekurangan bekalan... apabila keputusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah ada (berhubung keputusan vaksin jenama lain) kita akan masukkan senarai lebih banyak," katanya.

Khairy berkata, Malaysia juga akan menerima 1,350,000 dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-Biontech menjelang 29 Mac ini.

"Saya tidak boleh dedahkan berapa jumlah dos akan sampai secara berperingkat kerana ia membabitkan kerahsiaan daripada syarikat pengeluar, tetapi ia akan sampai 1 Mac, 8 Mac, 15 Mac, pada 21 Mac, 22 Mac dan menjelang 29 Mac ini, sebanyak 1,000,350 dos," katanya.

Beliau berkata, perbincangan secara terperinci juga sedang dijalankan ketika ini bagi menentukan fasiliti kesihatan swasta yang akan digunakan dalam Program Pemberian Vaksin (PPV) kebangsaan.

"Sebahagiannya adalah isu logistik kerana apabila bercakap mengenai penyimpanan vaksin Pfizer, ia sangat ketat," katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/788249/kakitangan-kesihatan-agensi-keselamatan-jkm-penerima-vaksin-fasa

  • Hits: 860

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin