JKKP siasat kren jatuh di SUKE

berita kkpmac2021

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan diarah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata siasatan yang bakal dikendalikan sepasukan pegawai daripada jawatankuasa itu mencakupi usaha mengenal pasti punca kejadian awal pagi tadi.

Katanya, JKKP Wilayah Persekutuan akan menentukan sama ada wujud pelanggaran kehendak perundangan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

"JKKP WP Kuala Lumpur dan Putrajaya juga mengeluarkan arahan serta-merta untuk menghentikan sebarang aktiviti kerja di kawasan terbabit bagi tujuan siasatan.

"Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya mahupun orang awam di tempat kerja di bawah kawalannya.

"Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.

"Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam serta mengelak berlakunya kemalangan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiga maut dan seorang cedera selepas struktur kren gantri di tapak projek pembinaan SUKE, pakej CA3 terjatuh dan menghempap sebuah kereta di Alam Damai, Cheras, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Awang berkata, Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Industri Pembinaan (Pengurusan) 2017 (OSHCIM) mengkehendaki setiap pihak berkepentingan dalam industri pembinaan berperanan serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing di tempat kerja, seawal daripada peringkat reka bentuk projek pembinaan.

"Kementerian memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuk kes membabitkan orang awam di sektor pembinaan.

"Kementerian menerusi Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan JKKP sentiasa komited untuk terus meningkatkan tahap keselamatan serta kesihatan pekerjaan (KKP) di negara ini termasuk dalam sektor pembinaan.

"Kementerian ingin menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada mangsa dan ahli keluarga yang terbabit dalam insiden ini," katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/799052/jkkp-siasat-kren-jatuh-di-suke

  • Hits: 742

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin