SOKONGAN MAJIKAN GALAK PEKERJA TERIMA VAKSIN

Pelbagai usaha digerakkan kerajaan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk mencapai sasaran imuniti kelompok.

Namun, apa pula peranan sewajarnya dimainkan majikan ketika ini khususnya dalam menyokong program imunisasi terbabit.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 mewajibkan majikan memastikan bahawa mereka sudah mengambil langkah keselamatan digariskan dan wajar bagi mengurangkan risiko penularan pandemik.

Memang diakui akan ada sebahagian pekerja berpotensi menolak suntikan vaksin disebabkan kebimbangan mereka terhadap kesan sampingan atau aspek keberkesanan. Ia bukan suatu kesalahan dalam peruntukan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Namun, implikasi dengan hanya sebilangan pekerja enggan menerima vaksin ketika majoriti yang lain sudah pun menjalani proses vaksinasi, harus dipandang serius.

Dari perspektif majikan, golongan minoriti pekerja ini dianggap melanggar arahan dan boleh dikenakan tindakan atas ketidakpekaan mereka sekiranya pengambilan vaksin diwajibkan.

Situasi ini bertentangan hak autonomi pekerja lain, kerana sudah menjadi kewajipan majikan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat.

Apa pun, penolakan vaksinasi tidak wajar dijadikan langkah drastik sehingga membawa kepada tindakan pemecatan pekerja. Lantas, apa peranan majikan?

Melihatkan senario dua hala ini, Mc. Kinsey and Co dalam mengulas isu berkaitan peranan majikan dalam vaksinasi COVID-19 berpendapat, majikan sememangnya dalam kedudukan unik untuk menyokong penggunaan vaksin COVID-19 dan memastikan aspek keselamatan serta kesihatan di tempat kerja.

Katanya, sebarang pendekatan prospektif diambil majikan bagi menyokong pengambilan vaksin COVID-19 harus mempertimbangkan dengan teliti jenis sokongan yang diinginkan pekerja.

Sebagai majikan, tindakan boleh diambil termasuk memberi pendidikan positif berkaitan fakta vaksinasi dalam kalangan pekerja.

Majikan perlu terus berkongsi maklumat penting dan boleh dipercayai berkenaan aspek keselamatan, kesihatan, keberkesanan dan kesan sampingan melalui pengambilan vaksin.

Pakar bidang boleh dipanggil, misalnya untuk mengadakan perbincangan bersama panel terdiri doktor dan pihak kesihatan awam untuk berkongsi maklumat saintifik dan menjawab pertanyaan pekerja berkaitan kepentingan vaksinasi.

Majikan juga boleh meminta pekerja dalaman sedia ada berkongsi pengalaman vaksinasi dengan rakan sekerja, iaitu memperkenalkan konsep 'duta pekerja' sebagai wakil, bagi menjawab persoalan yang timbul.

Seiring peredaran masa, pengurusan sumber manusia strategik melalui perancangan terhadap vaksinasi pekerja yang lebih dinamik harus ditekankan dalam mewujudkan suasana harmoni di antara majikan dan pekerja.

Bagaimanapun, situasi semasa digambarkan melalui hasil kaji selidik terkini oleh Employment Hero mengenai 'Impak COVID-19 kepada Pemilik Perniagaan dan Pekerja' mula menampakkan kesan positif dengan 70 peratus daripada keseluruhan akan mewajibkan vaksinasi COVID-19 untuk semua kakitangan mereka.

Sememangnya kita belum menang. Cabaran utama dalam hal ini adalah menguruskan sumber manusia dan apakah fungsi boleh dilaksanakan majikan bagi menyokong usaha gigih kerajaan dalam membendung penularan pandemik.

Majikan sememangnya berada pada kedudukan 'paling dekat' dengan pekerja sebagai penggerak aset organisasi dalam memastikan penerimaan vaksinasi secara menyeluruh dalam kalangan pekerja demi mengoptimumkan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Sumber : https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/06/826831/sokongan-majikan-galak-pekerja-terima-vaksin

  • Hits: 1131

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 14 November 2024.