Ryoka (Malaysia) Sdn. Bhd. didenda RM30,000

BANDAR BARU BANGI: Sebuah syarikat  pembuatan acuan plastik didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan gagal memberikan latihan kepada pekerja sehingga menyebabkan kematiannya ketika sedang bertugas.

Hakim Effandi Nazila Abdullah mendenda Ryoka (Malaysia) Sdn. Bhd. selepas Pengurus Sumber Manusia syarikat itu, S. Letchumi Kaanthan selaku Orang Kena Saman (OKS) hadir bagi pihak syarikat dan mengaku bersalah atas pertuduhan.

Sekiranya syarikat gagal membayar denda tersebut wakilnya boleh dipenjara selama enam bulan. Denda itu kemudian dijelaskan.

Mengikut pertuduhan, selaku majikan, syarikat itu didakwa gagal memastikan setakat yang praktik aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya, Azman Abdullah, 29, semasa bertugas.

Syarikat itu didakwa gagal mengadakan latihan bagi kerja-kerja di bahagian Proses Injection Moulding (acuan suntikan) sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Kesalahan itu dilakukan di syarikat tersebut yang beralamat di Lot 9, Jalan P/1, Bangi Industrial Estate, Seksyen 13 di sini pukul 11.45 pagi pada 5 November 2019.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(2)(c) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam R. Maran yang mewakili syarikat itu dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan syarikat tersebut mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

“Sejak lebih 30 tahun beroperasi, ini kali pertama kejadian (kematian) berlaku. Malah pada prosiding hari ini pengarah urusan syarikat tersebut hadir ke mahkamah untuk mendengar sendiri prosiding kes selain segala pampasan telah diselesaikan kepada keluarga mangsa selepas kejadian tersebut,” kata peguam itu.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Selangor (JKKP Selangor), Idris Abdul Rahman memohon hukuman setimpal atas alasan kejadian melibatkan keselamatan pekerja.

Ujarnya, syarikat itu gagal memberikan latihan sepatutnya sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Beliau memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada majikan lain agar tidak mengambil mudah aspek keselamatan pekerja pada masa akan datang.

Sumber :  UTUSAN ONLINE https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/ryoka-malaysia-sdn-bhd-didenda-rm30000/

  • Hits: 925

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin