RUU Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pindaan 2020 diluluskan

DATUK SERI M.SARAVANAN 1635325558

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Akta Kilang dan Jentera 1967 atau Akta 139 dimansuhkan dengan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon selepas diputuskan menerusi undian suara majoriti.

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Seramai 12 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan RUU itu.
Saravanan berkata, kementerian mengambil ketetapan memasukkan peruntukan berkaitan pemeriksaan jentera yang terdapat dalam Akta 139 ke dalam cadangan pindaan RUU Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020.

"Akta 139 bertujuan mengadakan peruntukan bagi pengawalan kilang berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang di dalamnya serta pendaftaran dan pemeriksaan jentera.

"Ia dikuatkuasakan sejak tahun 1967, menggunakan pendekatan preskriptif yang tidak lagi sesuai dengan teknologi yang sentiasa berkembang pada masa ini," katanya ketika menggulung RUU itu.

Saravanan berkata, RUU itu bertujuan meminda Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau Akta 514 bagi menambah baik dan memantapkan lagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini.

Katanya, objektif utama pindaan supaya meluaskan liputan pemakaian Akta 514 ke semua tempat kerja; mengintegrasikan peruntukan yang terdapat dalam Akta 139 dan Akta 514 bagi mewujudkan suatu perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang komprehensif selaras dengan perkembangan semasa.

"Pindaan ini juga untuk mencegah risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan seawal mungkin melalui kewajipan prinsipal dengan mengguna pakai prinsip pencegahan.

"Ini selaras dengan perubahan yang berlaku dalam lanskap pekerjaan, teknologi dan proses kerja.

"Selain itu, pindaan bagi melindungi kesihatan pekerja melalui perkhidmatan kesihatan pekerjaan, untuk mengambil kira saranan konvensyen antarabangsa bagi melindungi hak pekerja;

mengenakan penalti yang lebih bersifat mencegah sesuatu kesalahan dilakukan, mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja dan penyakit pekerjaan," katanya.

Beliau menjelaskan , dalam menggubal pindaan kepada Akta 514 ini, pihak kementerian mengadakan pelbagai sesi libat urus sejak tahun 2011 bersama agensi kerajaan, pemegang taruh, pihak industri serta pihak berkepentingan yang lain.

RUU Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 mengandungi 55 fasal yang merangkumi penambahan 27 seksyen baharu, pemotongan dua seksyen dan pindaan terhadap 35 seksyen sedia ada.

Antara yang dipinda kadar denda dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM500,000 bagi kesalahan kegagalan majikan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan.

Seksyen 23 pula menaikkan denda daripada RM20,000 kepada RM200,000 bagi pihak yang melanggar peruntukan Seksyen 21 dan 22 mengenai kewajipan pengilang ke atas loji dan bahan bagi kegunaan semasa bekerja.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/880712/ruu-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-pindaan-2020-diluluskan

  • Hits: 985

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin