Ismail Sabri puji pelan induk OSHMP25
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memuji inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KSM) membangunkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25).
Perdana Menteri berkata, KSM melalui Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (N-COSH) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menghasilkan dokumen lengkap serta komprehensif dalam memantapkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negara ini.
"Setiap daripada kita perlu melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan kejayaan Pelan Induk ini selaras dengan tema OSHMP25: KKP Inklusif-Kebersamaan dan Komitmen.
"Komitmen semua pihak termasuk kerajaan, majikan dan pekerja adalah sangat diharapkan bagi memastikan misi memartabatkan KKP di negara ini terlaksana dengan jayanya," katanya ketika Majlis Pelancaran OSHMP2025 secara maya, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; timbalannya merangkap Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP), Datuk Awang Hashim dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar; Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/875712/ismail-sabri-puji-pelan-induk-oshmp25
- Hits: 1367