Sesak Nafas Terhidu Sodium Hidroxide
Shah Alam: Misteri dua pekerja sebuah gudang menyimpan barang mengalami sesak nafas sejak beberapa hari lalu hingga seorang daripada mereka terpaksa dirawat di hospital terjawab apabila dua bungkusan bahan kimia bocor ditemui dalam gudang berkenaan di Seksyen U8, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, pekerja gudang berusia 30-an itu dikatakan tiba-tiba sesak nafas ketika berada di bahagian dalam gudang berkenaan sebelum pihak pengurusan pejabat menghubungi bomba.
ANGGOTA HAZMAT memeriksa bungkusan bahan kimia yang bocor.
“Bagi mengesan punca kejadian, saya bersama beberapa anggota masuk ke dalam gudang sebelum mengesan kebocoran bahan kimia lalu meminta anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) mengesan kedudukan kebocoran itu.
“Hasil siasatan, anggota HAZMAT menjumpai tiga kebocoran bungkusan bahan kimia Sodium Hidroxide yang terkoyak akibat dilanggar kenderaan pengangkut barang (forklif). Bungkusan itu berada di bahagian bawah menyebabkan ia sukar dikesan,” katanya ketika ditemui semalam.
Ridhuan berkata, selepas penemuan itu, HAZMAT melakukan pembungkusan semula bagi mengelak ia terus mengeluarkan bahan kimia berbahaya yang menyebabkan sesak nafas dan kesan buruk sistem jantung.
“Selepas kerja pembungkusan semula bahan kimia siap dilakukan anggota HAZMAT dan tinjauan dilakukan di sekitar gudang, pihak bomba membenarkan kilang itu beroperasi seperti biasa.
“Sepatutnya gudang penyimpan barang kimia seperti ini perlu menitikberatkan faktor keselamatan kerana ia membabitkan keselamatan pekerja dan faktor pemakaian juga penting bagi mengelak insiden seperti ini berlaku,” katanya.
(Sumber Berita : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013112902553420131129025534/Article/index_html )
- Hits: 1735