KURANGKAN RISIKO KEMALANGAN

KURANGKAN RISIKO KEMALANGAN

KUALA LUMPUR 5 Feb. 2011 - Pihak majikan di negara ini disarankan supaya meningkatkan pendedahan mengenai Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) kepada pekerja bagi mengurangkan risiko kemalangan berkaitan tempat kerja. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NOISH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, majikan mampu mengubah sikap pekerja dengan pendedahan berkenaan pemanduan selamat dan penggunaan kenderaan yang selamat melalui pelbagai latihan berkenaan keselamatan jalan raya. Katanya, OSH tidak harus dilihat sebagai faktor yang merugikan pengurusan industri sebaliknya patut dianggap sebagai pemangkin kepada produktiviti. "Pihak industri harus sedar bahawa kerja pencegahan kemalangan di tempat kerja adalah merupakan syarat untuk meningkatkan produktiviti," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Jelasnya, walaupun berlaku penurunan jumlah kemalangan berkaitan tempat kerja seperti yang dilaporkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) daripada 95,006 kes pada tahun 2000 kepada 55,208 pada 2009, majikan tetap perlu terus mengambil pendekatan lebih berkesan untuk mengurangkan lagi jumlah itu. Sumber : Utusan Malaysia

  • Hits: 1277

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.