BANYAK TEMPAT KERJA TIADA POLISI KESELAMATAN

BANYAK TEMPAT KERJA TIADA POLISI KESELAMATAN

KOTA KINABALU 12 Okt. - Lebih separuh tempat kerja di negara ini terdedah kepada bahaya kerana tidak menyediakan polisi keselamatan serta kesihatan selain tidak menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan. Pengarah Bahagian Keselamatan Industri Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Muaziah Abd. Rahman berkata, berdasarkan audit ke atas 492 tempat kerja pada 2008 dan 2009, hanya 165 premis mendapat markah lulus. Katanya, jumlah tersebut hanya melibatkan peratusan sebanyak 33.5 peratus manakala selebihnya dikategorikan dalam gred paling rendah atau tidak memuaskan. "Sebanyak 165 tempat kerja mendapat gred A, B dan C iaitu kira-kira 33.5 peratus manakala 66.5 peratus lagi dilabelkan dalam kategori D dan E iaitu gred paling rendah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pemanduan di sektor pengangkutan jalan yang diadakan di Kompleks Tabung Haji dekat sini. Seramai 230 peserta yang terdiri daripada pemandu-pemandu syarikat pengangkutan lori dan bas menghadiri majlis tersebut. Hadir sama Pengarah JKKP Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Ir. Razak Ismail. Mengulas lanjut, Muaziah berkata, sepanjang tempoh audit selama dua tahun tersebut, sebanyak 156 notis larangan dan pembaikan telah dikeluarkan ekoran ketidakpatuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, di bawah Seksyen 15. Menurutnya, ia jelas menunjukkan masih terdapat kelemahan daripada aspek pemahaman dan pematuhan terhadap undang-undang yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan pekerja oleh pihak syarikat. Tambahnya, menerusi audit tersebut, banyak kelemahan yang telah dikenal pasti seperti tidak menyediakan polisi keselamatan dan kesihatan, serta tidak menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja. Katanya, banyak syarikat yang hanya memikirkan keuntungan daripada memberi perhatian kepada keselamatan pekerja, selain mengambil tindakan sambil lewa ke atas aset utamanya iaitu pekerja. Jelasnya, pihaknya seringkali mengingatkan syarikat-syarikat mengenai kepentingan keselamatan pekerja terutama menerusi hebahan dalam media dan ketika mengadakan seminar. Muaziah berkata, sebanyak 40 individu telah dikenakan tindakan daripada JKKP dan sebuah syarikat pengangkutan awam di Sabah dikenakan saman sebanyak RM15,000. "Dari Januari hingga Jun 2010, sebanyak 10 buah syarikat telah diheret ke mahkamah JKKP Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan dikenakan denda manakala 14 syarikat lagi dikenakan kompaun," katanya. SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

  • Hits: 2096

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.