KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA RAGUT LEBIH 5,000 NYAWA

KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA RAGUT LEBIH 5,000 NYAWA

MELAKA 29 Julai 2010 – Seramai 5,116 pekerja meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja dalam tempoh antara 2006 dan tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Ir. Dr. Johari Basri. Beliau berkata, pada tahun 2006, jumlahnya ialah 1,303, manakala pada tahun 2007 (1,337 orang), 2008 (1,176 orang) dan 2009 (1,300 orang), dengan paling banyak menyebabkan kematian membabitkan pekerja sektor pembinaan. Bagaimanapun menurutnya, jumlah kes kemalangan di tempat kerja menunjukkan penurunan ketara lebih 40 peratus berbanding kira-kira 15 tahun lalu, iaitu daripada 120,000 kes pada 1995 kepada 61,161 kes tahun lepas. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Seminar keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Pihak Berkuasa Tempatan 2010 Peringkat Melaka dan Negeri Sembilan di Ayer Keroh di sini, hari ini. – Bernama SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

  • Hits: 1321

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.