TANGANI RISIKO PEKERJA JADI PEKAK

TANGANI RISIKO PEKERJA JADI PEKAK

KOTA KINABALU 28 Mei 2010 - Kurang komitmen majikan dalam meningkatkan pengetahuan mengurangkan risiko bekerja di tempat bising menyebabkan ramai pekerja berhadapan dengan masalah hilang keupayaan pendengaran. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah, Ir. Mohamad Razak Ismail berkata, statistik menunjukkan sebanyak 72 peratus atau 80 kes daripada 110 kes yang dilaporkan kepada jabatan itu membabitkan masalah hilang keupayaan pendengaran. ''Pada tahun ini sahaja, daripada 52 kes yang diterima, semuanya melibatkan masalah berkaitan hilang keupayaan pendengaran. ''Selain kurang komitmen majikan dan pekerja, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) yang tidak sesuai ketika waktu kerja dan tiada kawalan melibatkan aspek kejuruteraan mendorong kepada peningkatan kes berkaitan hilang keupayaan pendengaran," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Dialog Kesihatan Pekerjaan Malaysia bersama Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) di sini hari ini. Mohamad Razak berkata, risiko kedua yang kerap dihadapi pekerja adalah terdedah kepada bahan kimia berbahaya. Katanya, sebanyak 13 atau 13.6 peratus daripada kes yang dilaporkan sejak tiga tahun lalu adalah berkaitan kecederaan akibat penggunaan bahan kimia berbahaya. Beliau menambah, kelemahan dalam pengurusan bahan kimia serta kurang pengetahuan tentang risiko sesuatu bahan kimia itu merupakan punca yang menyebabkan masalah itu sering menghantui pekerja. ''Terdapat juga risiko lain seperti bekerja di dalam ruang tercemar oleh habuk dan galian, pendedahan kepada asbestos dan tiada ruang pengudaraan sempurna. Bagaimanapun sehingga kini masalah seumpama itu masih kurang dilaporkan," ujarnya. Mohamad Razak berkata, pada masa ini Sabah hanya mempunyai 47 OHD berdaftar berbanding jumlah pekerja yang mencecah 515,000 orang. ''Bilangan orang berkelayakan membuat pemantauan juga berkurangan seperti untuk menjalankan kerja-kerja pemantauan pendedahan pekerja kepada bunyi bising di bawah Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bunyi Bising) 1989 hanya seramai tiga orang," jelasnya. Justeru, beliau berharap bilangan OHD dan orang berkelayakan membuat pemantauan akan terus bertambah bagi mengimbangi jumlah pekerja dan jumlah tempat kerja yang meningkat seiring dengan kemajuan negara. Mengenai sesi dialog itu, beliau berkata, ia bertujuan menerangkan keperluan syarat-syarat bagi pendaftaran baru dan pembaharuan sijil pendaftaran OHD. ''Dialog ini juga adalah untuk menerangkan tanggungjawab dan peranan OHD sebagaimana yang termaktub di dalam OSHA 1994 (Peraturan USECHH 2000 dan NADOOPOD 2004 SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

  • Hits: 1549

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.