NIOSH ANJUR SIDANG KESELAMATAN, KESIHATAN PEKERJA
NIOSH ANJUR SIDANG KESELAMATAN, KESIHATAN PEKERJA
BANGI 26 Mei 2010: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) akan mengadakan Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2010 (Cosh 2010) terbesar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Ogos depan. Pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata persidangan tahunan kali ke-13 itu bakal menarik penyertaan seramai 1,500 peserta dari dalam dan luar negara membabitkan pengamal bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, majikan, ahli akademik, industri dan orang ramai. Katanya, persidangan itu bakal memberi ruang dan peluang kepada pihak berkepentingan berbincang dan menyebarkan maklumat mengenai perkembangan terkini bidang kesihatan dan pekerjaan untuk diterapkan di tempat kerja masing-masing. "Ia juga platform mewujudkan suasana persekitaran kerja lebih sihat dan kondusif bagi mengelak kejadian tidak diingini di tempat kerja. "Usaha ini selaras hasrat kerajaan mencapai sifar kemalangan di tempat kerja menjelang 2015 dan menerapkan budaya keselamatan kepada pekerja tidak kira dalam apa jua aspek," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Niosh di sini, semalam. Persidangan dengan tema Jaminan Keselamatan Pada Masa Depan itu turut mempamerkan peralatan dan kemudahan keselamatan industri dan kediaman selain pembentangan kertas kerja pakar bidang berkaitan. Orang ramai yang ingin mendaftar atau mendapat maklumat lanjut mengenai Cosh 2010, boleh menghubungi sekretariat di talian 03-87692202/2203/2206, faksimili 03-89265900/5655 atau emel
- Hits: 1738