2,386 ADUAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA DITERIMA TAHUN LALU

2,386 ADUAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA DITERIMA TAHUN LALU

KUALA LUMPUR 29 April - Sebanyak 280 kes kemalangan di tempat kerja tahun lalu telah dirujuk ke mahkamah setelah didapati wujud bukti kegagalan pihak majikan menyediakan persekitaran selamat di tempat kerja. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kesemua kes tersebut disiasat oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) selepas melakukan pemantauan ke atas 10,092 tempat kerja dan menerima 2,386 aduan kemalangan, tahun lalu. "Pada masa sama, 610 kes aduan kemalangan membabitkan kes keracunan atau pendedahan kepada bahan kimia di tempat kerja," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Keselamatan di Tempat Kerja kepada 64 majikan dan pekerja yang berkhidmat dalam projek anak-anak syarikat ExxonMobil Malaysia di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi ExxonMobil, Hugh W. Thompson dan Ketua Pengarah DOSH, Datuk Johari Basri. Anugerah tersebut diberikan kepada majikan serta pekerja yang berjaya merekodkan jumlah sifar di tempat kerja masing-masing bagi tahun lalu. Kata Subramaniam lagi, DOSH turut melakukan pemantauan ke atas 126,859 mesin serta kemudahan di tempat kerja seperti lif, kenderaan syarikat serta pelbagai perkakasan bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat. "Daripada kesemua aduan tersebut, kita dapati kebanyakan majikan kurang memberikan perhatian kepada soal keselamatan selain tidak mengetahui tahap keselamatan di tempat kerja masing-masing," katanya. Justeru, beliau mengharapkan setiap majikan dan pekerja sedar tentang kepentingan keselamatan di tempat kerja dan bertindak segera jika mendapati keadaan berbahaya di tempat kerja. "Ini termasuk soal keselamatan dalam perjalanan agar sampai ke tempat kerja dengan selamat. "Pihak majikan perlu memastikan setiap pekerja mereka mempunyai kemudahan yang selamat untuk pergi dan pulang dari tempat kerja,'' ujarnya. SUMBER UTUSAN MALAYSIA

  • Hits: 2119

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.