KEMALANGAN KETIKA PERGI, BALIK KERJA MEMBIMBANGKAN

KEMALANGAN KETIKA PERGI, BALIK KERJA MEMBIMBANGKAN

BANGI 4 Mei 2010: Kerajaan bimbang dengan tahap kemalangan ketika pergi dan balik kerja di kalangan golongan pekerja yang semakin meningkat setiap tahun, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam. Beliau berkata, jumlah kemalangan mencatat 20,814 kes tahun lalu, 19,041 kes pada tahun sebelumnya dan 18,387 kes pada 2002. "Jumlah kematian akibat kemalangan itu pula hampir sama setiap tahun iaitu pada kadar 1,230 kes setahun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kursus "Program Keselamatan dan Pegawai Kesihatan untuk Negara Membangun" di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di sini hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata, kerjasama erat berkaitan pengangkutan dan keselamatan jalan raya antara agensi berkaitan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. "Beberapa faktor juga harus diambil kira, antaranya keadaan jalan raya, budaya serta amalan langkah keselamatan ketika pergi dan balik kerja, pekerja itu sendiri," katanya. Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, terdapat penurunan dalam kadar kemalangan di tempat kerja setiap tahun semenjak kebelakangan ini. Pada tahun lalu katanya, terdapat 34,349 kes berbanding 35,092 kes pada tahun 2008 dan 64,423 kes pada tahun 2002. "Jika dibanding dengan negara membangun yang lain, kadar kemalangan di tempat kerja di Malaysia berada di satu tahap memuaskan. "Kita yakin ia boleh diturunkan lagi dengan pengalaman yang lebih, kesediaan di kalangan majikan untuk membuat perubahan sikap dan kesediaan mereka melabur dalam bidang keselamatan dan kesihatan," katanya. - BERNAMA (4 Mei 2010)

  • Hits: 1555

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.