ISU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA MEDIA

ISU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA MEDIA

4 Mac 2010 - RAMAI pekerja yang tidak menyedari tentang kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sehingga sesuatu kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku. Terdapat juga di kalangan kakitangan media yang melihat isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai kurang menarik dan meletakkan keutamaan yang rendah dari segi liputan akhbar. Hakikatnya, isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah terlalu penting untuk diabaikan. Tidak mengendahkan tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan mengundang bencana. Pihak media boleh memainkan peranan yang utama dalam mempromosikan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kesan daripada sumbangan dari pihak media ini bukan sahaja dapat menjadikan pihak industri, majikan dan pekerja memberikan lebih perhatian tentang espek ini tetapi juga dapat mengurangkan lagi kemalangan dan kecederaan di tempat kerja. Semua jenis industri termasuk industri media perlu bersikap lebih sensitif terhadap keperluan keselamatan di tempat kerja dan berusaha ke arah kemalangan sifar. Mereka yang terlibat dalam industri media tidak harus dikecualikan dalam mengenal pasti potensi hazad-hazad yang terdapat di tempat kerja mereka yang boleh menyebabkan mereka terdedah kepada kecederaan. Langkah harus diambil meningkatkan lagi kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja untuk kakitangan media yang terdiri daripada wartawan, jurugambar, editor dan pereka grafik serta pekerja-pekerja yang terlibat di dalam proses percetakan dan penyebaran. Industri dan majikan harus menyedari tentang empat faktor utama dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu tanggungjawab korporat, kewajipan sosial dan moral, pengamalan perniagaan yang baik serta tanggungjawab perundangan. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cekap bukan sahaja akan dapat mengurangkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan tetapi juga memastikan pulangan-semula perniagaan yang tinggi kepada syarikat dan meningkatkan produktiviti. Majikan perlu bersedia untuk melabur dalam bidang keselamatan pekerjaan manakala pekerja perlu mengamalkannya di tempat kerja. Syarikat-syarikat perlu memperuntukkan perbelanjaan tahunan bagi latihan keselamatan untuk membantu mencegah kemalangan yang berkaitan dengan pekerjaan. Dalam usaha kakitangan media mengharungi pelbagai ancaman dan risiko yang melanda dunia masa kini contohnya kekejaman, perubahan cuaca, peningkatan risiko banjir, ancaman cuaca panas serta penularan penyakit yang mudah berjangkit, kakitangan media perlu diberikan latihan dan pendidikan untuk menguruskan risiko, hazad dan bencana ini. Isu-isu utama tentang pendedahan risiko, potensi hazad dan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang efektif untuk mengurangkan tahap dan keterukan kecederaan serta penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan harus dititik beratkan. TAN SRI LEE LAM THYE ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Sumber : Utusan Malaysia, 4 Mac 2010

  • Hits: 2306

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.